Home / Berita (page 2)

Berita

25 cedera ditembak di pawagam di Jerman

BERLIN: Seorang lelaki bertopeng melepaskan tembakan di sebuah pawagam di Jerman hari ini, mencederakan beberapa pengunjung, menurut laporan media. Penyiar awam, Hessischer Rundfunk dan akhbar harian Bild melaporkan, sekurang-kurangnya 25 pengunjung cedera apabila lelaki terbabit melepaskan tembakan dan kemudian mengurung diri dalam pawagam itu di bandar Viernheim di barat Jerman. …

Read More »

Penyerang bersenjata ditembak mati di Jerman

ANGGOTA polis ketika menyerbu lokasi kejadian. BERLIN: Seorang lelaki bersenjata yang dilaporkan melepaskan tembakan dalam sebuah kompleks pawagam di Viernheim, Jerman, ditembak mati selepas polis melakukan serbuan, lapor akhbar Mannheimer Morgenhari ini, memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri di Hesse. Terdahulu, majalah Focus Online melaporkan, polis Jerman sudah menahan penyerang terbabit. …

Read More »

Rakyat Malaysia dalam video IS ancam PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang daripada tiga individu dalam klip video yang dimuat naik kumpulan militan IS adalah rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Mohd Rafi Udin. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, berkata Mohd Rafi berasal dari Negeri Sembilan …

Read More »

Honda Malaysia panggil semula 147,894 kereta

– Foto AP PETALING JAYA: Honda Malaysia hari ini memperluaskan langkah proaktif bagi menjamin keselamatan pengguna dengan memanggil semula 147,894 unit kenderaan Honda bagi menggantikan pengepam beg udara penumpang hadapan. Model kenderaan yang terbabit dalam panggilan semula ini mengikut tahun pengeluaran adalah Accord (2003-2011), City (2009-2011), Civic (2007-2011), CR-V (2008-2011), …

Read More »

Rogol anak tiri sejak 2 tahun lalu

BALING: Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun petang semalam kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun sejak dua tahun lalu. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf, berkata suspek yang menetap di Kampung Sungai Limau, dekat Pulai ditahan kira-kira jam 5 petang di rumahnya, susulan laporan polis …

Read More »

Bubur lambuk, dalca lembu 'teruna' tarikan Program Semarak Ramadan MPOB-BH

TUKANG masak, Abu Hassan Harun, 62, (kanan) dan Ibrahim Laile Chu Hamzah, 56, memasak bubur lambuk menggunakan dapur kayu sempena Program Semarak Ramadan MPOB-BH 2016 di Masjid Al-Mukhlisin, Kampung Guar Manong, Kuala Kangsar. – Foto Muhaizan Yahya KUALA KANGSAR: Bubur lambuk tradisi yang dimasak menggunakan dapur kayu antara hidangan istimewa untuk …

Read More »

Berdosa tak ambil vaksin dalam darurat, tanpa alasan

KANGAR: Individu yang tidak mengambil langkah pencegahan seperti vaksin boleh dikategorikan berdosa sekiranya mengetahui potensi bahaya yang mungkin berlaku jika tidak mengambilnya. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata ia berbeza jika individu terbabit mencari alternatif selain vaksin untuk mencegah …

Read More »

Imam Muda Ammar dihentam netizen kerana status anti-vaksin

STATUS Imam Muda Ammar di Facebook miliknya mengenai isu pengambilan anti-vaksin. KUALA LUMPUR: Gara-gara memuat naik status mengenai isu pengambilan anti-vaksin, Imam Muda Ammar mencetuskan kemarahan golongan netizen. Menerusi status berkenaan di akaun Facebook miliknya, Ammar memberi pendapat seolah-olah mempertikaikan pengambilan vaksin dengan menyifatkan ia takkan membantu melambatkan kematian seseorang. …

Read More »

Ada laporan pengerusi NGO peras ugut – KPN

KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Foto Mohd Fadli Hamzah KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan penahanan seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah malam tadi, dilakukan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti peras ugut. Katanya, suspek berpangkat Datuk berusia 32 tahun …

Read More »

Bayi 18 bulan maut, 5 cedera nahas

KERETA yang dipercayai merempuh sebuah van di satu persimpangan di Jalan Kuala Selangor sehingga van itu terbabas dan merempuh sebuah kedai makan. KUALA SELANGOR: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dengan kereta, awal pagi tadi. Dalam kejadian di Assam Jawa …

Read More »