Home / Berita / Eksekutif parah kena lima das tembakan

Eksekutif parah kena lima das tembakan

EKSEKUTIF parah kena lima das tembakan kejadia pada jam 8.30 pagi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima das tembakan ketika memandu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran pasar raya Giant Desa Petaling di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun, yang memandu sendirian kereta jenis NISSAN Teanna dalam perjalanan ke tempat kerja di Damansara sebelum dihampiri sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki lalu melepaskan enam das tembakan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lima daripada tembakan itu mengenai tangan, dada dan leher mangsa.

“Dua tembakan mengenai tangan kanan dan leher, manakala satu tembakan mengenai dada mangsa.

“Kita masih menyiasat motif kejadian dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *