Home / Teknologi / Asus Kini Menawarkan ZenUI Launcher Untuk Peranti Android Dari Pengeluar Lain

Asus Kini Menawarkan ZenUI Launcher Untuk Peranti Android Dari Pengeluar Lain

Pelbagai peranti Asus pada hari ini hadir dengan antaramuka ZenUI yang membawakan beberapa penambahan fungsi tambahan. Ia sebelum ini hanya eksklusif untuk pengguna peranti keluaran Asus sahaja, dan hari ini mereka memperluaskan penawaran kepada pelbagai peranti Android lain.

Asus telah sedia menerbitkannya pada Google Play Store, dan kini pelbagai peranti yang menjalankan Android 4.3 dan terkini. Kami sendiri telah mencubanya pada Nexus 6P dan ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Asus Zenfone 2 picsM2350012

Antaramuka ZenUI ini mungkin sesuai untuk pengguna Asus yang ingin beralih ke peranti lain, ataupun pengguna peranti lain yang ingin biasakan diri sebelum membeli peranti Asus.

Seperti biasa, melalui penggunaan ZenUI Launcher, pengguna boleh membuat beberapa perubahan – termasuk seperti kesan animasi, jenis tulisan, ikon aplikasi dan sebagainya.

Melalui apa yang diterbitkan oleh Asus pada Google Play Store, ZenUI Launcher ini turut dilihat hadir dengan sokongan paparan iklan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun ZenUI Launcher ini untuk peranti Android anda hari ini.

Muat-Turun Asus ZenUI untuk Android

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *