Home / Berita / PM umum rombakan Kabinet

PM umum rombakan Kabinet

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan Kabinet di Perdana Putra, di Putrajaya, sebentar tadi. – Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet hari ini menyaksikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berundur daripada Kabinet dan pelantikan dua Menteri penuh serta empat Timbalan Menteri baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan rombakan Kabinet itu di Perdana Putra, di sini, sebentar tadi, berkata Husni meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

Dua Menteri penuh yang dilantik ialah Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau mengambil alih portfolio Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Penyusunan semula jawatan Menteri dan Timbalan Menteri:

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Ghani

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datu Nasrun Datu Mansur

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong

Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri K Devamany

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *