Home / Berita / Ahmad Husni lepas semua jawatan UMNO, BN

Ahmad Husni lepas semua jawatan UMNO, BN

DATUK Seri Ahmad Husni Hanadzlah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengundur diri sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet hari ini, turut melepaskan jawatan dalam parti di peringkat pusat dan negeri.

Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin dalam satu kenyataan petang ini berkata, Ahmad Husni meletak jawatan sebagai Bendahari UMNO Malaysia, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).

Beliau juga melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet berkata, Ahmad Husni yang menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Kewangan II atas sebab peribadi.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *