Home / Berita / Brexit tidak beri impak besar kepada Malaysia

Brexit tidak beri impak besar kepada Malaysia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan United Kingdom (UK) untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) susulan referendum awal hari ini, tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Malaysia berada di landasan kukuh kerana mempunyai kepelbagaian struktur ekonomi dan lebihan cairan dalam pasaran kewangan negara.

“Saya yakin kita mampu menempuh keadaan tidak menentu ini dan kerajaan akan terus berusaha mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

“Apa pun yang berlaku, hubungan Malaysia-UK akan berkekalan dan terus diperkukuhkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *