Home / Teknologi / Bluetooth 5 Diumumkan Dengan Fokus Penawaran Laju Kepada Peranti Internet Berhubung

Bluetooth 5 Diumumkan Dengan Fokus Penawaran Laju Kepada Peranti Internet Berhubung

Pihak disebalik piawaian Bluetooth, iaitu Bluetooth Special Interest Group terkini telah pun berkongsi mengenai piawaian akhir untuk Bluetooth 5 yang dijangka diperkenalkan pada peranti seawal penghujung 2016 atau pada awal tahun 2017 kelak.

Seperti diperkatakan sebelum ini, Bluetooth 5 bakal menawarkan jarak perhubungan sehingga empat-kali ganda berbanding pada hari ini, disamping pada masa yang sama menawarkan kelajuan sambungan sehingga dua kali ganda pantas. Perkara ini dijayakan tanpa keperluan menggunakan tenaga bateri tambahan.

Bluetooth

Bluetooth 5 juga bakal membolehkan pengguna menghantar lebih banyak data pada sesuatu masa, sekaligus menjadikan pemindahan data dari satu peranti ke peranti lain lebih pantas. Ini juga menjadikan ia sangat berguna untuk menerima notifikasi serta-merta pada peranti yang dipakai anda daripada telefon pintar, mahupun untuk pelbagai tujuan lain.

Pada masa kini, dengan pelbagai peranti boleh-pakai dan juga peranti internet berhubung, sambungan menggunakan Bluetooth telah menjadi salah satu perkara utama – termasuk untuk jam tangan pintar, sambungan ke speaker, untuk memindahkan data, mahupun digunakan oleh beacon untuk menghantar maklumat kepada pengguna.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *