Home / Berita / Nenek, 2 cucu maut kereta bertembung lori

Nenek, 2 cucu maut kereta bertembung lori

Kemalangan maut melibatkan sebuah kereta perodua kancil dengan sebuah lori treler di kilometer 68 Jalan Johor Baharu-Mersing mengakibatkan tiga maut termasuk dua kanak-kanak hari ini. – Foto BERNAMA

KOTA TINGGI: Seorang nenek bersama dua cucunya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 15, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, Misnah Radimin, 58 tahun dan dua cucunya, Muhammad Shahfiq Haikal, 9, dan Putri Nurshazuwani, 8, yang menaiki Perodua Kancil maut di tempat kejadiaan.

Selain itu, seorang lelaki berusia 30-an yang memandu kereta berkenaan difahamkan anak kepada Misnah cedera parah, manakala pemandu treler jenis Hino berusia 27 tahun hanya cedera ringan.

Setakat ini tidak dapat disahkan sama ada Muhammad Shahfiq Haikal dan Putri Nurshazuwani adalah adik beradik.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Azmi Wahab, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada jam 2.27 petang sebelum sebuah sebuah bersama lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pemandu Perodua Kancil terselamat dan seorang mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT). 

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan dua lagi mangsa di tempat duduk penumpang belakang dan penumpang hadapan yang tersepit akibat kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, Perodua Kancil yang dipercayai dinaiki satu keluarga itu dalam perjalanan dari arah Mersing ke Kota Tinggi.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *