Home / Sukan / Kim Swee puji aksi Khair Jones

Kim Swee puji aksi Khair Jones

PENGENDALI kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, memuji kelibat Khair Jones pada aksi berdepan Timor Leste apabila pemain kacukan Malaysia-Wales itu meraih gol pertama.

Ketika menewaskan Timor Leste 3-0 pada aksi play-off Piala Asia kedua pada Isnin, Khair yang juga pemain Melaka United itu berjaya menempah nama selepas menjaringkan gol sulungnya bersama Malaysia.

Dalam aksi Liga Perdana, Khair beraksi selaku pertahanan tengah bersama Melaka. Musim ini, Khair juga berupaya mengisi posisi sayap kiri dengan baik.

“Khair merupakan pemain bek kiri dan pertahanan tengah ketika beraksi bersama Melaka, saya meletakkan kepercayaan kepada Khair di bahagian sayap kiri dan dia berjaya menjaringkan gol,” kata Kim Swee.

Khair yang dibesarkan di New Zealand mengakui ia merupakan satu motivasi yang penting buat dirinya selepas merakam jaringan pertama buat negara.

Namun, Khair sedar masih banyak yang perlu dipelajarinya untuk beraksi di pentas antarabangsa.

“Ketika bermain di New Zealand, saya beraksi dalam tiga posisi yang berbeza, saya masih lagi mencari posisi terbaik saya dan saya akan kembali menjalani latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan saya,” katanya.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *