Home / Berita / Aksi di Old Trafford ditangguh akibat 'bungkusan' misteri

Aksi di Old Trafford ditangguh akibat 'bungkusan' misteri

KAWASAN tempat duduk terpaksa dikosongkan disebabkan bungkusan mencurigakan. – Foto Reuters

MANCHESTER: Dua kawasan tempat duduk di Stadium Old Trafford terpaksa dikosongkan menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dengan Bournemouth.

Kejadian itu memaksa perlawanan terakhir liga membabitkan kedua-dua pasukan itu yang dijadualkan pada 10.00 malam tadi waktu Malaysia ditangguhkan.

Tiada sebarang alasan rasmi diberikan oleh United.

Media Britain, Sky Sport melaporkan kawasan tempat duduk itu terpaksa dikosongkan disebabkan bungkusan mencurigakan.

Kedua-dua kawasan tempat duduk itu ialah The Sir Alex Ferguson Stand dan Stretford End dikosongkan selama 30 minit sebelum perlawanan dijadualkan berlangsung.

Peminat di kawasan lain di stadium itu dibenarkan kekal di tempat duduk mereka. – AFP

KEJADIAN ini memaksa perlawanan terakhir liga membabitkan kedua-dua pasukan itu yang dijadualkan pada 10.00 malam tadi waktu Malaysia terpaksa ditangguhkan. – Foto EPA

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *