Home / Berita / Bakar isteri, penganggur dihukum mati

Bakar isteri, penganggur dihukum mati

TERTUDUH, Chiam Nguang Huat (kiri) didakwa membunuh isterinya dengan membakar mangsa di sebuah rumah di Taman Bayu Mutiara, Seberang Prai Tengah pada jam 4 petang, 24 Jun 2013. – Foto Danial Saad

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penganggur selepas didapati bersalah membakar isterinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan, menetapkan hukuman itu terhadap Chiam Nguang Huat, 42, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes terbabit.

Tertuduh didakwa membunuh isterinya, Lai Siew Fong, 36, di hadapan dua anak mereka dengan membakar mangsa di sebuah rumah di Taman Bayu Mutiara, Seberang Prai Tengah pada jam 4 petang, 24 Jun 2013.

Tertuduh yang memakai kemeja merah kelihatan tenang sejurus hukuman gantung ke atasnya diputuskan mahkamah dan sempat mengangguk ke arah ahli keluarganya yang hadir.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *