Home / Teknologi / Acer Switch V10 Diperkenalkan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Acer Switch V10 Diperkenalkan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Penggunaan cap jari pada komputer riba bukan sesuatu yang baru. Terkini, Acer telah memperkenalkan komputer dua-dalam-satu mereka yang terkini, dinamakan sebagai Acer Switch V 10 dan hadir dengan rekaan hibrid dua-dalam-satu.

Acer Switch V 10 hadir dengan skrin bersaiz 10-inci dan dijana menggunakan Windows 10. Ia menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 9 jam lamanya.

Acer Switch V10

Apa yang menariknya mengenai komputer riba ini adalah penyertaan pengimbas cap jari yang boleh digunakan bersama Windows Hello, disamping turut dilengkapi port USB Type-C untuk pengecasan kuasa dan juga pemindahan data.

Acer Switch V 10 ini akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, merah, dan biru – serta seperti biasa digunakan dalam mod tablet atau komputer riba. Harga jualannya masih tidak dikongsikan buat masa ini.

Acer Switch V10

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *